• ,

    Bosan Kehidupan Mewah, Jutawan Di China Jadi Tukang Sapu

    Seorang jutawan dari China sanggup bekerja sebagai tukang sapu semata-mata untuk mengajar anaknya supaya bekerja keras. Yu Youzhen, 53, mempunyai 17 buah pangsapuri dan memiliki banyak harta di China.

    Namun begitu, dia langsung tidak dibuai dengan kekayaannya. Dalam enam hari seminggu, dia akan bangun seawal subuh untuk menyapu, menggosok dan mengosongkon tong sampah di sepanjang dua kilometer jalan raya yang sibuk di bandar Wuhan, China.

    “Saya mahu menjadi model contoh untuk anak-anak saya. Saya tidak mahu mereka leka dan menghabiskan harta yang ada,” kata Yu.

    Tegasnya, dia tidak mahu memberi tanggapan kepada anak-anaknya bahawa menjadi orang kaya dan tidak perlu berbuat apa-apa adalah perkara yang mudah. “Gaya hidup sebegitu pasti akan membahayakan mereka dalam jangka masa yang panjang.”

    Kedua-dua anak Yu memperoleh pendapatan bergaji. Anak lelakinya bekerja sebagai pemandu dengan pendapatan bulanan kira-kira RM987 manakala anak perempuannya memperoleh gaji kira-kira RM1,480 dengan pekerjaan yang tidak menentu.

    Yu sendiri memperoleh pendapat bulanan kira-kira RM641 sahaja. Yu mula bekerja sebagai tukang cuci kira-kira satu dekad dahulu selepas bosan dengan gaya hidup yang penuh dengan kemewahan.

  • ,

    Hotel Paling Besar Di Dunia Tetapi Tidak Pernah Berpenghuni

    Hotel yang terletak di Pulau Ruegen, Jerman ini merupakan hotel terbesar di dunia yang pernah dibina oleh Kerajaan Jerman pada zaman pemeritahan Nazi. Hotel ini di bina sepanjang 4.5 km dan hanya 150 m dari pantai.

    Hotel ini mempunyai total 10.000 bilik yang boleh menampung 20,000 orang sekaligus. Namun, setelah siap dibina hingga saat ini, hotel ini tidak pernah digunakan.

    Hotel yang terletak di Prora, Pulau Ruegen ini dibina pada tahun 1936 dan siap pada tahun 1939. Pembangunannya memerlukan 9,000 orang pekerja. Tujuan Nazi membina hotel ini adalah untuk menyebarkan propaganda Nazi dimana mereka ingin mendirikan 4 resort pelancongan di kawasan tersebut dengan kemudahan mewah termasuk dermaga bagi kapal layar.

    Namun, semua rancangan tersebut terpaksa di hentikan kerana berlakunya Perang Dunia II kerana Adolf Hitler memerintahkan semua pekerja pembinaan hotel ke Peenemünde untuk membuat persenjataan untuk berperang melawan sekutu.

    Keadaan bangunannya masih kukuh walaupun ada beberapa bahagian yang lapuk. Namun kerajaan Jerman tidak pernah berniat untuk meminggirkan bangunan tua bersejarah ini. Sesuatu yang amat bertentangan dengan bangsa kita yang tidak pernah menghargai.

     

  • ,

    Inilah Gadis Cantik Yang Paling Kurus Di Dunia (15 Gambar)

    Ksenia Bubenko yang berasal dari Russia ini mungkin kelihatan sangat jelita sekiranya beliau mengenakan baju berlengan panjang dan berseluar jeans, namun ianya bertukar 360 darjah apabila beliau memilih untuk memakai pakaian yang lebih mendedahkan tubuh badan.

    Gadis yang berusia 20 tahun ini sebenarnya mengalamai anoreksia yang teruk sehingga beliau kelihatan terlampau kurus seperti hanya mempunyai kulit untuk membaluti tulang-tulang tubuhnya.

    Semuanya bermula beberapa bulan sebelum ini apabila Ksenia yang mengalami sedikit masalah berat badan berazam untuk menguruskan badan beliau pada ketika itu dengan mengamalkan rejim diet yang ketat.

    Namun, meskipun sudah mencapai berat badan yang ideal, beliau masih meneruskan program diet beliau sehingga berat terkini beliau mencecah 25 kilogram sahaja. Lihat gambar-gambar Ksenia di bawah:

  • ,

    Sekolah Yang Keluarkan Diploma Untuk Jadi Nabi Di Israel

    Golongan nabi-nabi seperti yang kita tahu merupakan golongan insan terpilih yang dipilih oleh Allah s.w.t..Namun, di Israel, terdapat sebuah institusi pendidikan di mana selepas para pelajarnya menamatkan pengajian, mereka akan ditauliahkan dengan gelaran “Nabi”..Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni.

    Di Israel, terdapat institusi pengajian di mana lulusannya bakal mendapat gelaran ‘nabi’.

    Sekolah bernama ’Cain and Abel School for Prophet’ itu menawarkan biayaan sebanyak 200 shekel bagi sesiapa yang berminat untuk memiliki gelaran nabi. Apa yang gilanya, untuk mendapatkan gelaran Nabi, para pelajar hanya perlu mengikuti 40 kelas singkat.

    Sekolah tersebut akan memberikan sijil kepada sesiapap yang dinyatakan lulus. Peraturan di sekolah itu juga tidak ketat. Siswa-siswa di sekolah tersebut dibenarkan masuk ke kelas dengan hanya mengenakan baju biasa, menggunakan gadget semasa proses pembelajaran, bahkan ada yang membawa gitar masuk ke dalam kelas. Terdapat juga siswa yang tak segan keluar dari kelas untuk merokok.

    Di sekolah ini, para siswa akan belajar tentang erti mimpi, klasifikasi malaikat, dan misteri roh kudus. Mereka belajar bagaimana membezakan perasaan batin seseorang dari perilaku eksternal dan penampilan.

    Satu-satunya guru sekolah itu, Shmuel Hapartzy percaya, Messiah (Nabi Isa) telah datang dan usia penebusan sudah dekat. Ertinya, sekolah itu disiapkan untuk menyambut nabi baru. Anehnya, Hapartzy mengaku tidak menjamin belajar di sekolah tersebut boleh membuatkan murid-muridnya boleh berinteraksi secara langsung dengan Tuhan.

    Hapartzy menjelaskan kurikulum yang dipakai di sekolah tersebut mengikuti sifat-sifat seorang nabi. Sehingga, jika murid-muridnya sudah boleh menguasai kurikulum yang diajarkan, mereka boleh mendapatkan ijazah bergelar nabi.

    “Di masa lalu terdapat golongan nabi. Tetapi sekarang, di zaman moden, ketuhanan ada pada semua orang. Kita hanya perlu membuka mata kita untuk itu,” kata Hapartzy, seperti dilapor oleh AP. Sekolah itu berada di sebuah pusat keagamaan di selatan Tel Aviv. Pusat keagamaan itu dikenali sebagai tempat yang menampung moral jalanan berbanding mempelajari soal agama. Pusat keagamaan itu mendapat sumbangan dari yuran kemasukan para murid-murid sekolah nabi.

  • ,

    9 Perkara Pelik Ini Hanya Ada Di Jepun Sahaja

    Jepun memang terkenal dengan perkara pelik. Bukan sahaja pelik, tapi kadang-kadang tak boleh terima akal. Mengarut sangat!

    Kami senaraikan 15 perkara yang anda hanya dapat kihat di Jepun sahaja, memang tiada di negara lain.

    1. Jalan Tiada Nama

    Jangan terkejut. Memang betul! Di Jepun, memang susah nak cari papan tanda untuk nama jalan. Memang terpaksa tanya orang, kalau tak memang sesat.

    2. Sewa Tetamu Perkahwinan

    Ini merupakan salah satu kerjaya di sana ialah dengan menyediakan perkhidmatan sewa tetamu perkahwinan. Hanya perlu bayar jika perlukan tetamu untuk perkahwinan. Memang pelik!

    3. Cuddle Cafe

    Kisah ini pernah jadi viral pada tahun 2012 dan masih lagi diteruskan. Mereka yang kesunyian boleh datang ke sini untuk mendapatkan pelukan. Tapi untuk hubungan intim dilarang sama sekali.

    4. Anak Angkat Orang Dewasa

    Selalunya kalau nak ambil anak angkat sejak dari bayi lagi. Tetapi di sana, orang dewasa boleh dijadikan anak angkat. Biasanya, untuk mewarisi perniagaan bagi mereka yang tiada anak.

    5. Bos Galakkan Tidur Di Tempat Kerja

    Di Jepun, mereka hidup untuk bekerja. Kadang-kadang perlu bekerja sehingga 19 jam. Jadi, di waktu siang, majikan akan benarkan pekerja untuk tidur di meja.

    6. Mesin Untuk Tangkap Udang Hidup

    Selalunya kalau nak makan udang perlu pergi ke pasar. Tapi di sana siap ada mesin layan diri untuk tangkap udang hidup.

    7. Punggung Wanita Disana Lain Dari Yang Lain

    Wanita Jepun biasanya tidak mempunyai bentuk badan dan tiada punggung. Jadi, untuk nampak menarik, mereka akan letakkan sesuatu pada punggung mereka.

    8. Mereka Tidak Menerima Tip Servis

    Jepun terkenal dengan adab sopan santun. Negara lain akan berikan tip untuk setiap servis. Tetapi di Jepun, mereka tidak akan menerima sebarang tip.

    9. Wujud Pekerjaan Tolak Penumpang

    Disebabkan kepadatan di sana, wujud pekerjaan tolak penumpang ke dalam kereta api.Jepun mempunyai sistem transit yang paling menepati masa di dunia. Bukan itu sahaja, semua pekerja menepati masa.

  • ,

    10 Kejadian Kebetulan Yang Paling Pelik Dalam Sejarah

    Seperti yang kita belajar mitos pada suatu masa dahulu, setiap individu pasti mempunyai 7 orang individu lain yang mempunyai paras rupa persis kembar mereka.

    Dan ini telah terbukti dengan beberapa gambar foto yang dikumpulkan oleh seseorang individu dan secara kebetulannya ada yang mempunya wajah yang lebih kurang sama. Jom saksikan.
  • ,

    Begini Cara Licik Kapitalis Mempermainkan Perasaan Pelanggan Mereka

    Sama ada kita suka atau pun tidak, kita semua sudah pun menjadi mangsa sistem kapitalis yang telah direka oleh barat bagi menjerat pelanggan-pelanggan mereka.

    Sejak dahulu lagi, setiap hari kita akan menjadi mangsa kepada sistem ini tanpa sebarang tanda-tanda yang ianya mahu berakhir sebaliknya, setiap hari, golongan kapitalis ini akan mencuba pelbagai teknik dan cara yang lebih licik bagi memperdayakan pelanggan-pelanggan mereka.

    1. Iklan yang mengelirukan

    2. Slogan anti pengiklanan

    3. Harga yang melampau

    4. Struktur harga yang mengelirukan

    5. Diskaun yang membohong

    6. Harga sama, kuantiti berbeza

    7. Kesan khas Gruen di pasaraya

    8. Troli membeli-belah yang besar

    9. Anthropomorphism atau kesan psikologi

    10. Susun atur produk di pasaraya

     

  • ,

    Kenali Deena Abdulaziz Al-Saud, Puteri Diraja Arab Saudi Yang Liberal

    Bila disebut mengenai keluarga diraja Arab Saudi, sudah pastinya ramai yang membayangkan ahli keluarga diraja ini terdiri daripada golongan alim ulama yang kuat dengan pegangan agama mereka.

    Namun hakikatnya, mereka juga seperti kerabat diraja yang lain juga. Di mana pastinya segelintir daripada mereka yang memilih untuk meninggalkan kehidupan tradisional masyarakat mereka untuk menjalani kehidupan seperti di barat.

    Deena Abdulaziz Al-Saud yang merupakan seorang puteri diraja Arab Saudi adalah salah satu contoh kerabat diraja yang bersikap liberal dan terbuka di dalam kehidupan.

    Tidak seperti kerabat diraja wanita Arab Saudi yang lain, Deena tidak mengenakan hijab ataupun burqa. Sebaliknya, puteri diraja ini selesa untuk memilih untuk tidak menutup aurat dan mengenakan pakaian gaya barat di dalam kehidupan sehariannya.

    Berambut pendek dan gaya barat jadi pilihan Deena

    Sudah berumah tangga

    Deena berkahwin dengan putera Arab Saudi, Abdulaziz bin Nasser bin Abdulaziz Al Saud dan mereka memiliki tiga cahaya mata: seorang puteri dan sepasang kembar putera.

    Gaya seorang liberalis

    Memiliki perniagaan butik pakaian dengan jenama beliau sendiri

    Sering dikecam oleh masyarakat Arab yang lain

    Tinggal di luar negara

    Dibesarkan di New York yang sedikit sebanyak mempengaruhi gaya dan personaliti beliau

    Mencuba pakaian tradisional masyarakat Arab yang telah mendapat sentuhan moden

     

  • ,

    17 Produk Yang Kantoi Menipu Pengguna Mereka, Serius Celaka!

    Ada kalanya, kita terbeli sesuatu produk hanya kerana percayakan kepada iklan dan janji manis yang ditaburkan oleh jurujual.

    Tetapi, selalunya, apa yang dijanjikan di dalam iklan berbeza dengan apa yang kita alami. Tak percaya? Cuba tengok gambar-gambar di bawah ini.

    1. Macam langit dan bumi

    Cuba korang tengok sendiri perbezaan di antara saiz sebenar dengan saiz di dalam iklan. Berbeza tak?

    2. Serbuk organo

    3. Mana hilangnya pintalan seperti di dalam gambar iklan?

    4. Pelekat yang melekat

    5. Brownie bertoppingkan gula-gula

    6. Ke mana hilangnya dinosaurnya?

    7. Fake flurry

    8. Spiderman menghidapi zika

    9. Spongeclops

    10. Serius tak sama seperti dalam gambar pada kotak

    11. Muntah frozen

    12. Kata boleh tukar warna

    13. Beli muntah frozen

    14. Ke mana hilangnya si kucing?

    15. Cari persamaan

    16. Cari perbezaan

    17. Gambar untuk tujuan illustrasi saja

  • ,

    40 Gambar Yang Buat Anda Melihat Berkali-kali

    Lihatlah gambar-gambar ini dan pertama kali melihatnya anda pasti keliru dan akan melihat kali kedua untuk memahaminya. Untuk menghasilkan gambar-gambar ini, ia perlu diambil pada masa yang tepat dan dari sudut yang tepat juga.

    1. Besarnya tapak kaki

    Sekali lihat macam…

    3. Benam kepala dalam punggung

    Anjing berleher seperti zirafah

    Bila luar kau nampak tenang, tetapi dalam hati…

    Semut raksasa vs helikopter

    Anjing berambut panjang

    Terkehel leher

    Siapa dukung siapa?

    Sekali lihat nampak macam…

    Tangan fleksible

    Panjangnya tanduk rusa ini

    Dah macam pokok

    Anjing bertubuh fleksibel

    Siapa peluk siapa?

    Skill terapung level 0

    Light saber wannabe

    Kaki ganti tangan

    Bukan pakai skirt

    Amboi, gatalnya

    Tonggek seperti merpati

    Mencari punca sembelit

    Shutter speed 1/100

    Manusia berkepala kuda

    Budak lelaki berambut tocang

    Hmmm…

    Siapa peluk siapa?

    Perempuan berkepala botak

    Siapa tindih siapa?

    Kaki mana?

    Kembar?

    Satu tubuh dua kepala

    Tangan kat mana tu?

    Cuba cari apa yang tidak kena?

    Langsing kaki abang

    Bila muka kau keluar majalah

    Hmmm…

    Bukan binantang dalam kisah dongeng

    Terdampar seperti ikan duyug